Ni antara pengalaman hidup aku..
Tahun 2000 ketika aku darjah 6, aku terpilih mewakili negeri bagi sukan ragbi sentuh.
Pusat latihan kami adalah di sekolah kebangsaan kodiang yang terletak di hujung negeri kedah. Seramai lebih kurang 20 orang pelatih menjalani latihan disitu untuk menghadapi kejohanan mssm di politeknik shah alam.Kami ditempatkan di surau sekolah memandangkan tiada penginapan lain yang boleh disediakan.
Pada suatu hari, seperti biasa kami menjalani latihan sesi pagi. Kemudian tamat pada tengahari. Aku dan kawan2 semua menuju ke pili paip yang terletak disebelah padang untuk bersihkan diri. Mandi sambil bergelak ketawa itu biasa bagi kanak2 macam kami. Tambahan itu hari cuti, sekolah jadi milik kami sepenuhnya. Jeritlah sekuat mana pun tiada masalah. Aku antara yang paling awal siap dan menunggu kawan2 lain untuk pulang ke surau penginapan kami.
Setelah 2 orang kawan aku iaitu nizam dan shahril siap, kami bertiga berjalan menuju ke surau. Tiba2 nizam ternampak katak pisang lalu berkata 'wei..tengok katak pisang ni lawa lah" kata nizam sambil menguis katak tersebut dengan ranting kayu. Bukan senang nak tengok katak pisang. Kalau katak yang biasa tu dah selalu sangat. Ketika aku dan nizam baru sahaja berhenti untuk tengok katak pisang, sempat aku menoleh melihat shahril yang terus berjalan tanpa menghiraukan kami. Shahril yang ketika itu menyarung jersi arsenal bertulis M. Overmars berwarna gold terus berjalan dan membelok ke arah belakang kelas. Aku biarkan saja shahril pergi. Dan aku dan nizam bermain dengan katak pisang itu dalam tempoh 15 saat. Sekejap sahaja.
Kemudian aku dan nizam teruskan perjalanan kami menuju ke surau. Ketika tiba di belakang kelas aku mencari cari shahril. Sepatutnya dalam 15 saat tak mungkin shahril dah melepasi satu blok kelas yang panjang. Aku agak, shahril masuk bilik stor atau menyorok di belakang simen tiang kelas. Namun kelibat shahril masih lagi tak nampak. Aku pelik dan tak melayani perbualan dengan nizam yang langsung tak masuk dalam kepala aku. Hati aku rasa tak sedap dan aku bertanya kepada nizam. "Mana shahril ? Tadi kan dia jalan kat depan? Tanya aku. Nizam pulak bingung dan menjawab "mana ada. Tadi kita berdua saja". Aku dah pelik. Malas nak berdebat. Tapi aku ingatkan balik. Siapa pulak yang pakai baju arsenal tadi. Aku dan nizam pon sampai di surau.tapi aku tak terus masuk, aku nak tahu juga jawapan kepada persoalan. Aku tinggalkan nizam dan berlari kembali ke pili air tempat kami mandi tadi dan dari jauh masih lagi terlihat kawan2 yang lain belum selesai mandi. Apabila aku sampai ke pili mata aku mencari shahril. Ya shahril ada disitu. Aku bertanya ' tadi bukan hang dah siap mandi? '.
"Mana ada, aku baru ja mandi ni. Hawat? Tanya shahril dalam loghat kedah. Aku membalas penuh rasa ingin tahu " tadi aku,hang dengan nizam dah siap mandi. Kita berjalan sama sama separuh jalan. Lepas tu nizam dengan aku tengok katak pisang,hang lajak terus ke surau. Tengok2 hang dah hilang".
Shahril membalas " mana ada la.. Memang aku mandi dari tadi. Hang nampak hantu kot.hahaha" balas shahril sambil ketawa bersama rakan2 lain.
Aku pun kembali ke surau dengan fikiran yang bingung. Selalu sangat aku berfikir dengan akal yang logik. Jelas dimata aku tulisan m.overmars di belakang baju shahril. Semakin lama aku tewas. Aku demam seminggu. Terbantut latihan rugbi sentuh. Aku bercerita dengan ibu aku untuk mengurangkan rasa beban di kepala. Ibu memberi respon agak mistik "dia nak usik sikit2 ja, kata anak jantan mesti la kena test".
Itulah pengalaman pertama aku diusik.